My Dream

Semasa di bangku sekolah rendah, cikgu juga mempunyai impian tersendiri sama seperti murid-murid sekalian.

Ada impian cikgu yang menjadi kenyataan dan ada impian yang tinggal menjadi ilusi semata.

Biasalah tu. Normal.

Setelah dewasa, cikgu menyedari bahawa apa jua impian cikgu pada masa itu sebenarnya amat penting untuk dihargai dan ditatang. Dan, rupa-rupanya impian yang wujud semasa kita kecil amatlah penting untuk pembentukan sahsiah diri.

Justeru, cikgu mengajak murid-murid sekalian agar cuba menyatakan impian masing-masing. Marilah kita berkongsi impian.

Impian tidak semestinya menjadi cita-cita kita. Semasa cikgu di sekolah rendah:

  1. tahun satu sampai tahun tiga; Masa tu cikgu dah pasang impian nak sambung sekolah menengah di SM Convent St Cecilia. Sebab cikgu tengok sekolah tu besar dan cantik.... 
  2. tahun empat; hah, cikgu punya impian untuk jadi macam Miss Comet (Heroin drama Jepun). Memiliki kayu sakti.... Semua kerja jadi mudah... Hayun kayu sakti, semua beres.. seronokkan?
  3. tahun lima; Teringat pula dengan Cikgu Sabariah, guru Bahasa Inggeris. Cikgu sangat teruja mendengar beliau 'speaking English' sepenuhnya dalam kelas. Setiap kali beliau mengajar, cikgu pun mula berangan-angan nak jadi 'English teacher' macam cikgu Sabariah...;p
  4. tahun enam; cikgu sangatlah meminati penyanyi Ziana Zain. Lantaran itu, mulalah cikgu menaruh harapan menjadi penyanyi terkenal sepertinya... :>
Seronok tak mengetahui dan berkongsi impian orang lain sebegini?

Apakah impian murid-murid sekarang ini...


Emmm... My dream....emmm... my dream...






24 comments:

  1. saya pula nak jadi seorang guru bahasa engris kerana saya sangat teruja dengan guru yang berbahasa yang fasih dengan engris.... saya boleh berkomunikasi dengan pelancong yang datang dari negara luar.....
    sekian sahaja
    and thanks teacher....

    from:anisah abd walid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh... sebenarnya Anisah teringin bercakap dengan pelancong dalam Bahasa Inggeri ya. Bagus. Ramai pelancong datang ke Sandakan. Jika terserempak dengan mereka, apakata Anisah tegur dan cakap
      " Hi! Welcome to Sandakan". Macammana?

      Delete
  2. impian saya ialah menjadi seorang guru mathematic kerena saya sangat teruja dengan guru yang megajar saya...... From:Muhammad Haziq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu doakan mudah-mudahan impian Haziq tu akan jadi kenyataan.

      Delete
  3. Impian saya ,Menjadi seorang guru yang bejaya dalam hidup.Saya juga ingin menjadi seorang guru yg mengajar matapelajaran apa2 sahaja.Bukan suka2 saya ingin menjadi seorang guru,tetapi saya ingin mengantkan arwah nenek saya.kerana dia seorg guru.:)

    From:-NURHIDAYAH AMRAN-

    ReplyDelete
  4. Peribahasa Melayu ada menyebut " Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Cikgu dapat lihat Nurhidayah ada potensi jadi seorang guru. Semoga cita-cita Nurhidayah mengikut jejak arwah nenek akan tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kaih Teacher:)
      -NURHIDAYAH-

      Delete
  5. Impian saya menjadi seorang guru BM sebab ia bahasa we every day


    from:khai hensem

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'bahasa we every day'??????
      Khai telah menggunakan bahasa rojak ni. Sebagai seorang pencinta bahasa Melayu, Khai harus menutur atau menulis dengan bahasa yang betul dan teratur. Tidak kira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Barulah sesuai jadi GURU. Tidak percaya? Cuba tanya cikgu Mimi......

      Delete
  6. Betul kah impian anda hanya satu? Tidak 10? Tidak 100 atau 1000? Persoalan ini mengingatkan saya kepada lagu Seribu Impian yang pernah popular lebih 15 tahun yang lalu... "Seribu Impian telahpun kita bina demi masa depan.... setinggi langit biru mimpi kita , abadi selamanya....."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin meningkat usia, adakalanya impian kita juga berubah. Dan mungkin juga masih sama seperti dulu. Impikan lah apa saja yang indah-indah. Mudah-mudahan ia mendorong kita untuk melakukan yang terbaik untuk diri kita.

      Delete
  7. Alangkah bahagianya kalau saya dapat basikal baru. BMX ka...Mountain Bike ka.... emmm bestnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan basikal tu bolehlah kita menyertai Tour De Sabah... Kita jelajah Negeri di Bawah Bayu dengan berbasikal ramai-ramai.

      Delete
  8. kalau saya dapat menjadi permain macam muslim ahmad mesti banyak peminat ermmm.....bestnye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. Nak jadi Bintang Bola Sepak la ni ya? Memang betul tu. Zaman sekarang ni, populariti pemain bola sepak sama macam artis. Masing-masing ada peminat tersendiri. Muslim Ahmad antara bintang bola tempatan yang paling menyerlah dan berjaya sekarang ini. Tidak mustahil suatu saat adik juga jadi seperti atau lebih hebat daripada Muslim. Sebab Muslim juga mulai aktif bermain bola sepak semenjak dibangku sekolah rendah lagi.

      Delete
    2. hebatnya c yad mau jadi benteng malaysia k

      Delete
  9. 1.saya ingin menjadi seorang pemain bola terkenal.

    2.saya ingin sebuah kereta ferrari,skyline,BMW dan Murciallago.

    3.saya mahu mempunyai kasut ajaib yg boleh buat apa2x jak...

    from :sharul amri

    class:4 marikh

    date: 16.7.2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. muhammad nabil fahmy8/08/2012 6:10 PM

      terlampau hebat c shahrul ni dulu neymar baru kereta kasut lagi....adoii

      Delete
  10. Istimewa betul impian Shahrul ni. Lihat saja David Beckham, bintang bola sepak tersohor dunia. Menjadi jutawan dengan kerjaya bola sepaknya. Di negara kita sendiri, Safee Sali mendapat kontrak RM2juta untuk bermain dalam salah satu kelab bola sepak Indonesia. Kalaulah Shahrul kelak berada ditempat mereka,kereta ferrari,skyline,BMW dan Murciallago pasti dalam genggaman.

    Kalau adik Shahrul mengimpikan kasut ajaib, cikgu juga masih mengharapkan kayu sakti..........

    ReplyDelete
  11. muhammad nabil fahmi7/19/2012 6:56 PM

    saya ingin menjadi keeper mcam khairul fahmi mmg hensemmmmm....

    ReplyDelete
  12. mna c ziyad tulis........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat Muslim Ahmad di atas, c ziyad la tu.

      Delete
  13. muhammad nabil fahmy8/17/2012 12:54 AM

    1 saya ingin kan kasut bola dan bola nikke

    ReplyDelete