Tuesday, January 1, 2013

Kenangan Terindah: 6 Utarid Forever



Sejam bersama mantan anak-anak murid begitu nostalgia buat ku. Masa yang terhad diluangkan dengan kisah-kisah lama yang mencuit hati. Cerita teman-teman sekelas tidak putus-putus menjadi bahan bualan. 

Sesungguhnya kunjungan mereka untuk menziarahiku benar-benar buatku rasa terharu. Bertuah rasanya jadi guru yang diingati oleh anak-anak murid. Kalau dulu comel dan comot, sekarang bukan main segak lagi yang lelaki. Cantik dengan pelbagai fesyen rambut serta tudung bagi yang perempuan. Apa yang lebih aku syukuri apabila mendapat tahu mereka aktif di sekolah menengah dan sangat meminati pelajaran terutamanya yang melibatkan matematik. Alhamdulillah.

Di Facebook, ada yang menghantar pesanan melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat hadir dalam pertemuan itu. Sedih juga nadanya. InsyaAllah dilain kesempatan kita akan buat 'reunion' yang lebih istimewa bersama rakan-rakan 6U '09-'11. Cikgu doakan agar semua sukses dalam apa jua bidang yang kalian semua ceburi. Amiiiiin.