Tengah hari tadi saya menikmati hidangan tomyam kung (tomyam udang) bersama suami dan anak-anak. Seusai, kami laki bini berbual agak panjang lebar soal hidangan tadi. Lantaran keenakannya maka tiadalah sebarang rungutan. Di kala itu, saya pun terpaku sejenak. Persoalan yang berlegar di benak bukanlah suatu yang aneh pun. Ianya bukanlah suatu perkara baru. Namun, bagi saya yang baru berjinak dengan penulisan blog, ianya sudah tentu sangat bermakna. Saya akui hal itu benar-benar jelas tarikan magnetnya.
Sebagai mana hidangan enak tadi mengundang banyak pujian, ia juga sebenarnya membawa makna bahawa ia mengundang sedikit atau tidak ada hinaan/ketidakpuasan hati/rungutan atau seumpamanya.
Hakikat dualisme tidak mungkin dapat disangkal kewujudannya. Justeru, bagi penulis baru seperti saya hakikat ini sudah tentu memberi kesan yang pelbagai. Bercampur-baur. Pujian, rungutan, komen dan seumpamanya perlu diurus dengan sewajarnya. Mereka punya tempat masing-masing dalam mana-mana realiti kehidupan. Bagaimana keadaan hal ini di sekolah? Bagaimana pujian, rungutan dan komen daripada pelbagai pihak terutamanya daripada mereka yang berkait langsung dengan sekolah diurus?
Kita lihat saja soal kuantiti. Berapa banyak sekolah kita menerima pujian? Berapa banyak pula rungutan yang diterima? Soal kualiti pujian? Atau ianya hanya main-main saja. Soal tahap rungutan pula, nah? Kita punya rekod dalam soal ini? Rasanya kenyataan yang terakhir ini yang lebih fundamental.
Pernahkah kita merasai keadaan sesusai menikmati tomyam kung?
Apa pun, cuba kita tinjau sedikit sejauh mana sudah kedudukan kita punya sekolah dalam hal ini...

Pujian
guruIbu Bapa
Pelajar
Rungutan
Guru
- kuantiti kerja kian membebankan
- pembahagian tugasan berkaitan sekolah dirasai kurang adil
- segelintir guru pernah melihat hantu di kawasan sekolah
- makmal komputer yang terbengkalai
- keadaan padang dan astaka yang menyedihkan
- menu makanan di kantin sekolah membosankan
- bilik guru yang sempit
- keselamatan guru daripada amukan segelintir ibu bapa
Ibu bapa
- kerja sekolah yang diberikan kepada pelajar perlu ada batasnya
- parking kereta bagi ibu bapa
- buku kerja sekolah dirasai terlalu mahal
- kutipan bayaran yang dibuat untuk pelbagai aktiviti dirasai membebankan
- jaminan keselamatan anak mereka lantaran larangan ke atas ibu bapa menghantar anak-anak sehingga ke dalam sekolah
Pelajar
- tidak faham apa yang diajar guru
- Cikgu pernah mengungkap kata-kata, "balik-baalik di ajar tidak faham-faham lagi. itu pun tidak tahu kah!"
- pernah dengar derapan kaki hantu di kawasan sekolah
- umumnya mereka kurang seronok belajar. Tidak diketahui pula puncanya.
- buku-buku yang perlu dibawa ke sekolah dirasai sangat berat
Teman-teman/ibu bapa/murid-murid bolehlah menambah/komen/setuju/tidak setuju tentang senarai di atas. Rasanya, semakin berkurang bilangan/kualiti rungutan di atas semakin lajulah keunggulan sekolah yang diidami menuju ke arah kita.
Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya.
Rungutan sebanar tiada di luar sana... |
No comments:
Post a Comment