Saturday, May 5, 2012

Salam

Salam, kepada semua pengunjung, sahabat handai, ibu bapa dan murid-murid yang mengenali dan baru mengenali saya melalui blog ini. Hari ini, 5.5.2012, Sabtu, merupakan antara hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Ini kerana bermula pada hari ini saya telah bersedia untuk melibat diri dalam dunia siber. Berinteraksi dengan teman-teman, para ibu bapa dan murid-murid melalui wadah ini sememangnya mengasyikkan dan menyoronokkan. Pelbagai topik dapat dibicarakan.

Pelbagai teknik pengajaran kepada anak-anak didik boleh diaplikasi. Dan, satu hal yang menggembirakan hati, sedap untuk didengari, kita boleh pula menambah pendapatan melalui aktiviti seumpama ini. Syukur kepada Allah s.w.t. Terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan teknologi ini. Terima kasih kepada murid-murid yang kerap kali bertanyakan "Cikgu, bila Cikgu lancar blog?"...  "Cikgu, Cikgu ada facebook?"....

Saya melihat hari ini sebagai hari peningkatan diri saya. Dorongan suami dalam hal ini pula sebagaimana dalam hal-hal lain, tidaklah dapat diungkap dengan kata-kata.

Semoga saya dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam khazanah perbendaharaan pengajaran dan pembelajaran melalui saluran ini.

Allah s.w.t jua yang Maha Mengetahui segalanya.



Sekolah sebenar ada di luar sana...


No comments:

Post a Comment