Tubuh badan sihat, minda pun sihat.
Bicara soal diet yang sihat seringkali didahului dengan jenis makanan yang perlu diambil (piramid makanan). Sedangkan ianya perlu difahami sebagai satu sistem pemakanan terlebih dahulu. Maknanya, gambaran keseluruhan kesihatan tubuh badan dalam kontek diet itulah yang perlulah difahami. Ringkasnya begini;
Pertama, ianya merujuk proses penghadaman. Dalam proses ini tiga kitaran yang terlibat;
Pertama, ianya merujuk proses penghadaman. Dalam proses ini tiga kitaran yang terlibat;
- dalam perut
- dalam usus kecil
- dalam usus besar
Kedua, ianya barulah merujuk jenis makanan seimbang yang diambil berdasarkan keperluan individu. Setiap individu memerlukan diet yang berbeza disebabkan faktor umur dan aktiviti harian yang dilakukan.
Ketiga, ianya merujuk proses perkumuhan melalui perpeluhan dan pembuangan najis kecil dan besar.
Mudahkan...
Sekarang, elok kita tengok dulu secara umum dan ringkas elemen pertama dalam sistem pemakanan sihat yang dimaksudkan. Proses penghadaman. Proses ini merupakan proses penguraian makanan kepada nutrien asas (zat makanan) agar dapat diserap oleh rerambut dalam usus kecil nanti. Air, udara dan enzim adalah komponen proses yang wajib cukup perkadarannya masing-masing. Ini melibatkan faktor kualiti dan kuantiti. Justeru, tahap inilah sebenarnya peringkat paling kritikal dalam sistem pemakanan sihat. Berikan perhatian yang sewajarnya.
Elemen kedua, piramid makanan. Saya perhatikan penerangan di laman-laman blog dan sesawang lain berkaitan topik ini amatlah memberangsangkan. Oleh itu, saya cadangkan beberapa laman di bawah:
Elemen ketiga iaitu proses perkumuhan adalah juga sinonim dengan proses nyahtoksin. Proses ini berlaku melalui perpeluhan dan pembuangan najis kecil (kencing) dan najis besar (usus besar). Di tahap ini, satu keadaan kritikal perlu diingat. Setiap kali kita makan, tengok jam. Ini untuk mengingatkan kita agar berbuat "sesuatu" seandainya masih belum berkumuh selepas 24 jam selang daripada masa yang di "tengok" tadi.
Apa yang lebih penting dalam gambaran keseluruhan sistem pemakanan ini ialah memahaminya melalui pendekatan keutamaan. Elemen-elemen pertama dan ketiga merupakan keutamaan teratas. Piramid makanan hadir kemudiannya. Jadi, berikan perhatian sewajarnya, ok...
No comments:
Post a Comment