Hari ini, saya bersama suami bersarapan seperti biasa, selepas subuh. Sebentar lagi saya akan sekolah. Seperti biasa. Perkara yang agak baru ialah selepas subuh dan sebelum bersarapan, saya akan membuat sedikit kesimpulan dalam coretan yang saya tulis semalam untuk dimuatkan ke dalam blog pada pagi berikutnya.
Hari ini juga saya dapat merasakan satu keyakinan yang kian mendalam berkenaan peranan sebenar guru sekolah seperti kita ini. Ianya berkaitan bakat dan potensi.
Guru-guru di sekolah punya keizinan sebagai "lesen" daripada masyarakat untuk melaksana sesuatu terhadap anak mereka dalam erti kata menggilap bakat dan potensi anak-anak ini.
Dan, kita tahu sekarang bahawa 90% keupayaan keseluruhan manusia termasuk anak-anak ini terkandung dalam minda separa sedar. Disinilah potensi sebenar yang perlu kita gilap agar bertambah gemilang pancaran cahayanya.
Kita juga mengakui pencanaian yang dimaksudkan bukanlah suatu hal yang mudah. Namun, seperkara yang pasti ialah kita sedang berada dalam landasan keyakinan yang betul lagi benar. Berasa gembira dengan hakikat itu sahaja pun bermakna kita sudah berjaya melaksanakan tugasan yang fundamental lagi kritikal.
Guru. Potensi pelajar. Minda separa sedar.
Alllah s.w.t jua yang Maha Mengatahui segalanya.
Potensi sebenar ada di luar sana... |
No comments:
Post a Comment