Guru dan keutamaan dalam kecemerlangan sekolah secara keseluruhan pastinya bukan inisiatif pemikiran sehari semalam. Hal ehwal yang berkaitan merangkum banyak perkara. Justeru, saya sendiri masih berharap (berdoa) agar 'keajaiban' berlaku.
Guru, keutamaan dan keajaiban bukan ilusi. Saya cukup yakin dengan kuasa dan kemampuan akal kurniaan Allah s.w.t. Pembuktian boleh saja dikutip di mana-mana. Sungguh pun realiti dalam ruang keliling (Keutamaan) mempamer gambaran sebaliknya, ia masih tidak dapat menggugat hakikat keutamaan minda itu sendiri.
Sekolah kita pasti boleh setanding dengan sekolah lain yang terbukti keunggulannya!
Kita hanya perlu yakin dengan amalan betul yang dilakukan secara berterusan. Semua pakar minda dan pembangunan sumber manusia berkata sedemikian.
Amalan pemakanan (Minda: Diet), kurikulum sekolah dilaksana dalam suasana kreatif, guru-guru berterusan memperkasa minda, suasana sekolah direka agar serasi dan mesra minda, PIBG proaktif, dan senarai ini akan memanjang lagi dan lagi. Pangkalnya adalah keutuhan keyakinan bahawa keupayaan minda adalah lebih ajaib daripada apa yang kita sedari!(Minda: Separa sedar dan potensi)
- Minda : Mukadimah
- Minda: Sedar dan separa sedar
- Minda: Tubuh badan yang sihat
- Minda: Genius
- dan seumpamanya...
No comments:
Post a Comment