Sunday, May 6, 2012

Kekuatan sekolah

Pagi ini, saya bingkas untuk menyenarai kekuatan sekolah. Sebenarnya, seperti kebanyakan guru lain saya juga kekadang lalai dan lupa akan hal yang amat penting ini. Kita kurang memberi perhatian (kurang menghargai?) terhadap sumber yang sedia ada di sekeliling kita. Akibatnya, kita kurang berupaya mengoptimumkan penggunaan sumber berkenaan ke tahap yang sewajarnya. Pembaziran sumber seperti ini sering berlaku di mana-mana. Kurang bersyukurlah tu kan...

Justeru, pendekatan mengakuinya sebagai kelemahan diri merupakan proses peralihan fasa kesedaran kekuatan diri yang amat penting. Segerakan momentum itu!

Mari kita perhatikan;

Sk Muhibbah Sandakan, Sabah
  1. bilangan guru = 68 orang
  2. bilangan pelajar = 765 orang
  3. bilangan pentadbir = 5
  4. bilangan pekerja am/kontrak/pengawal keselamatan = 22 orang
  5. bilik guru = 2
  6. bilangan bilik darjah/surau/makmal sains = 21
  7. pusat sumber/bilik ICT/bilik pandang dengar = 4
  8. padang dengan astaka = 1
  9. tandas pelajar/guru = 4
  10. bilangan parking kereta yang bertanda = 
  11. kantin = 1
Kesinambungan bicara tentang keutamaan sebelum ini. Senarai di atas merupakan kekuatan sekolah. Sumber sedia ada di sekolah. Mana mungkin kita dengan mudah menyingkir salah satunya lantaran alasan kurang penting. Semuanya penting. Atau kelihatan penting? Namun, di kala itu juga kita menyedari sesuatu. Hakikatnya, walau pun dalam senarai kekuatan seperti ini kita dapat menghidu keutamaan masing-masing dalam konteks misi sekolah, apatah lagi senarai yang bercampur-baur dengan kelemahan, 'parasit' dan seumpamanya. Sekali lagi, bicara keutamaan ini rupanya bukan alang-alang pentingnya. Statusnya kritikal. Perlu segera diambil langkah tersusun yang menuntut keterbukaan minda yang bukan alang-alang juga.

Sekarang bagaimana menyususn senarai di atas berdasarkan keutamaan? Sehingga kita boleh mengatakan dengan yakin kalau tidak ada perkara ini dan perkara itu, kecemerlangan sekolah tetap boleh dicapai!


Allah s.w.t jua yang Maha Mengetahui segalanya.


Jawapan keutamaan sebenar ada di luar sana...


kerana di luar sana punya keutamaannya di dalam sini...



No comments:

Post a Comment