Friday, June 1, 2012

Minda: Guru dan KuasaKataPemarak (KKP)

Pemula Bulan baru ini (Jun 2012) biarlah dimarakkan dengan langkah guru sebagai seorang PANGLIMA!

Ayat-ayat yang berjela hendak dielakkan di sini. Biar ianya mudah dan padat lagi cepat mengilat!

Guru perlukan minda seorang panglima yang penuh inspirasi. Masuk kelas atau bilik darjah, para anak didik sudah dapat merasakan aura untuk bersama menimba ilmu untuk meningkatkan keupayaan minda mereka pula.

Kita boleh sorot ringkasan-ringakasan perkara berkaitan keutamaan minda di laman lain di kanan sana.

Di sini, biarkan seorang panglima bermadah. Dengari...

Minda berurusan dengan KUASA. Kuasa berurusan dengan kesepaduan (singularity). Kesepaduan berurusan dengan kesatuan (Oneness). Dan, hanya Yang Tunggal mengurus kesatuan, kesepaduan, kuasa, minda, dan segala-galanya.

Apakah sedutan yang boleh digunapakai oleh guru secara khusus apabila berdepan dengan murid. Apabila melaksana pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

Ia adalah KATA!

Kata-kata seorang guru sebenarnya perlu punya tenaga! Tuntas! Padu! Sehingga ke tahap kata-kata dapat dirangkum dalam satu kata sahaja!

Inilah sedikit sedutan yang boleh kita gunakan. Amalkan.

Tahap kemampuan mengolah SATU kata yang dapat menyemarak diri dan orang lain adalah PEMARAK.

Justeru, inilah yang diperlukan minda KuasaKataPemarak!

Latihan-latihan yang berkaitan adalah konseptual. Ia boleh datang daripada apa juga sumber. Dan, menariknya ialah latihan amali sebenarnya sudah berlaku setiap saat dalam hidup kita. Kita saja (umum) yang tidak menyedarinya.

KKP adalah dalam kata kerja (verb)!!!

KKP yang punya tenaga berisi emosi!!!

KKP yang tuntas dan padu menterjemah berkat!!!

Perkataan yang boleh digelar KKP mungkin saja merupakan kata biasa bagi sesetengah orang (tiada kesan). Dan, boleh pula menjadi KKP bagi orang yang lainnya (berkesan). Kenapa hal ini berlaku. Ini kerana KKP perlu hadir daripada seorang yang sudah membuktikannya.

Kata CARI.

Kata ini akan punya tahap kuasa yang berbeza apabila ianya hadir (secara mulut atau tulisan) daripada seorang murid biasa, murid cemerlang, murid pasif, murid aktif, murid popular, guru biasa, guru cemerlang, guru inovatif, guru kecil, guru besar, pengetua, PPD, Pengarah Pelajaran, Menteri, Perdana Menteri, Guru Spiritual, atau ANDA sendiri!


ANDA sendiri yang menentukan. CARI!


Allah s.w.t jua yang Maha Mengetahui segalanya.




Anda CARI sesuatu... Sesuatu TEMUI anda...








No comments:

Post a Comment