Saturday, June 2, 2012

Minda: Guru dan KKP 2

Guru yang punya KKP dapat menarik minat murid-muridnya agar belajar dengan lebih tekun. Murid-murid yang punya KKP pula akan dapat meningkat daya tumpuan, daya tahan dan daya istiqamah masing-masing.

Apakah sebenarnya yang berlaku setelah guru-guru dapat menguasai KKP yang terbit dalam diri secara automatik? Segera? Mudah?

Pada tahap itu, guru sebenarnya telah bertindak sebagai seorang jurujual! Jurujual matematik kepada pelanggan yang digelar murid.

Jurujual Bahasa Inggeris yang mempromosi penguasaan Bahasa Inggeris kepada para pelanggan cilik dalam kelas dan sekolah umumya.

Jurujual Bahasa Malaysia yang menjanjikan pelbagai ganjaran masa hadapan. Guru-guru pernah terfikir tidak apakah ganjaran di masa hadapan yang dapat diperolehi oleh murid-murid andainya sempurna menguasai Bahasa Malaysia?

Jurujual daripada kalangan guru-guru ini akan bertindak mempromosi habis-habisan kepada para murid perihal jual murah yang datang dari syurga! Tawaran-tawaran hebat Allah s.w.t kepada semua umat muslimin, mukminin dan mukhlisin tidak terhitung banyaknya! Kita para guru tinggal saja mengutip satu persatu yang termampu dan menjualnya kepada para murid. Iklankan habis-habisan. Kita pun dapat komisen! Amacam?

Subjek apa lagi yang hendak dijual kepada murid kita?


Allah s.w.t jua yang Maha Mengetahui segalanya.






No comments:

Post a Comment